SELAMAT HARI PAHLAWAN, #SEMOGA TERCATAT SEBAGAI SYUHADA'

Tuesday, 5 August 2014

Mari kenali Brigade Izzuddin Al Qassam


PKS BANGILAN - JIKA :
– Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
– Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya
– Israel dengan Shayetet 13,
Palestina mempunyai kelas tersendiri dengan tentara penggempurnya yang berani mati, Brigade Izzuddin Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat ditakuti oleh rejim Zionis.
Al-Qassam, sebuah sayap tentara Hamas, dipelopori berdirinya oleh pejuang Palestina seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah nama seorang pejuang yang syahid berdekatan dengan kota Jenin pada tahun 1935, Izzuddin Al-Qassam.
Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan peliputan dokumen rahasia dijemput oleh pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam untuk menyaksikan satu demonstrasi latihan strategi serangan brigade itu. Diketahui, kesempatan itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestina apalagi lagi orang luar.
Penulis diberi informasi oleh komandan yang tidak mau dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, brigade elit itu beranggotakan pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah saja.
“Tujuan utama didirikannya Al- Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestina dari penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestina dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tepi Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestina,” katanya.
Ketika ditanya jumlah tentara Al-Qassam pada masa ini, komandan tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, jumlahnya sekitar 25,000 orang.
Peraturan ” Brigade Al-Qassam “.
“Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentara mesti solat lima waktu sehari secara berjamaah,” ujarnya.
Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.
“Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentara kami dikepung oleh tentara Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentara wanita untuk masuk ke dalam masjid untuk menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka keluar seperti orang biasa.
“Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan,” katanya.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan karena serangan tentara Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.
“Di daerah Al-Zaytun, tentara Israel hanya memerlukan 10 menit untuk memasuki tanah Gaza dengan Tank. Oleh karena itu, kami terpaksa bersiaga setiap saat,” kata seorang tentara Al-Qassam.
Brigade ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehingga media Israel memberitakan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima menit dengan 20 tentara yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu memperlihatkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong sedangkan sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentara musuh (Israel).
Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan granat. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentara Israel sebanyak 700,000 orang cukup gentar dengan Al-Qassam.
Sesudah sesi latihan itu, kesemua tentara tersebut berkumpul dan bersujud syukur – satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentara Zionis.
Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentara Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan karena ingin merahasiakan identitas setiap anggota mereka.
Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentara Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang tentara bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: “Tanah ini milik kamu juga.”
Sejak Intifada pada tahun 2000, sebanyak 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentara Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri – ‘Mengapakah saya tidak syahid?’
From : Tentara Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)
(pkscibitung)

0 comments:

Post a Comment